nuffnang add

Rabu, 16 Mac 2016

SEKTOR PELANCONGAN MEMANCU KEMAJUAN NEGARA

1.0 Sistem dan Konsep Pelancongan
Pelancongan adalah gerakan sementara manusia ke destinasi lain di luar tempat kerja dan tempat tinggalnya yang biasa, kegiatan yang mereka lakukan selama tinggal di destinasi tersebut dan kemudahan yang disediakan untuk memenuhi keperluan mereka. Pelancongan dianggap sebagai satu kemewahan, ini kerana hanya segelintir orang yang mempunyai masa dan wang sahaja mampu melancong. Waktu senggang yang banyak, ekonomi yang semakin baik, kemudahan pengangkutan yang sempurna telah bergabung untuk membolehkan lebih banyak orang pergi melancong.
Dalam konteks dunia hari ini, pelancongan merupakan salah satu kegiatan ekonomi dan sosial yang semakin penting. Jumlah pelancong dalam negeri dan antarabangsa semakin meningkat malah, beberapa buah negara di dunia kini memajukan sektor pelancongan sebagai sektor utama yang menjana pendapatan negara. Pelancongan juga merupakan sektor yang melibatkan peranan yang saling kaitan antara pihak kerajaan, bukan kerajaan dan juga orang awam.
Dari perspektif sejarah, pelancongan bermula kira-kira 5000 tahun yang lalu selaras dengan perkembangan pertanian intensif, kota, kapal laut dan wang sebagai medium pertukaran. Perjalanan ini lazimnya didorong oleh perdagangan, ketenteraan dan pentadbiran kerajaan dari empayar besar seperti Sumeria, Yunani, Mesir, Parsi dan Rom di rantau Mediterranean dan Timur Tengah. Apabila empayar berkembang (terutamanya dalam abad ke 2 tahun Masihi), orang Rom khususnya telah membina sistem jalan raya yang lebar dan dibina dengan baik untuk menyediakan perhubungan pentadbiran dan perdagangan dari seluruh empayar dari Tembok Hadrian di Britain hingga ke Euphrates di Timur Tengah. Rumah tumpangan telah didirikan di setiap 30 batu di sepanjang jalan dan terdapat beberapa buah hotel di kebanyakan bandar. Rumah tumpangan ini dikaitkan dengan piktograf yang menunjukkan status kemudahan dan perkhidmatan.
Ironinya, begitulah serba ringkas senario perkembangan sektor pelancongan di dunia sehingga ke hari ini. Malah, kini dengan peningkatan ekonomi, kemudahsampaian yang tinggi serta jalinan hubungan yang baik antara sebuah negara dengan negara yang lain, sektor pelancongan terus menjadi sektor yang semakin berkembang terutamanya dalam konteks globalisasi dan dunia tanpa sempadan.
Dalam konteks Malaysia, pelancongan terus menjadi sumber utama tukaran wang asing yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan guna tenaga. Kedatangan pelancong sejumlah 16.4 juta pada tahun 2005 telah menyumbang sebanyak RM 18.1 bilion kepada pendapatan negara. Perkembangan sektor pelancongan di Malaysia telah dipengaruhi oleh perubahan yang besar dan potensi industri pelancongan pada masa hadapan. Memandangkan industri pelancongan kini merupakan satu pemangkin kepada pendapatan negara, maka pendekatan yang bersepadu dilaksanakan dalam perancangan dan perlaksanaan industri pelancongan secara mampan.
Sistem pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan baru yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri lain yang berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju menjelang tahun 2020. Dalam sistem pelancongan, aspek yang perlu diberi penekanan adalah kewujudan pelancong, pembekal barangan ataupun perkhidmatan pelancongan, kerajaan dan juga tuan rumah destinasi yang terpilih. Dalam erti kata lain, keempat-empat elemen ini perlu terlibat dalam mewujudkan sebuah industri pelancongan. Apabila seseorang individu itu melancong, bermakna mereka adalah pelancong yang memerlukan perkhidmatan seperti penginapan dan pengangkutan. Dalam sistem pelancongan terdapat dua bahagian utama yang memainkan peranan dalam menentukan perkembangan dan kemajuan dalam industri pelancongan.





2.0 Tahap Pembangunan Industri Pelancongan
Selain kerajaan, para pengusaha pelancongan telah diseru agar meningkatkan kualiti perkidmatan mereka. Oleh yang demikian, operator pelancongan perlu bergerak seiring dengan prakarsa kerajaan menarik kemasukan pelancongan dengan memastikan perkhidmatan yang ditawarkan selari dengan harapan pelancong yang datang. Kita tidak mahu senario, indah khabar dari rupa akan menjahanamkan usaha promosi yang telah dilakukan. Maka, para pengusaha tempat penginapan hendaklah menyediakan kemudahan yang kondusif selari dengan kehendak pelancong sama ada melibatkan hotel bertaraf lima bintang mahu pun penginapan desa. Seterusnya, para pengusaha pengangutan awam seperti pemandu teksi dan bas pelancongan diingatkan agar menyediakan perkhidmatan pada kadar yang berpatutan dan memberikan layanan yang mesra kepada para pelancong. Sikap buruk sesetengah pengusaha perkhidmatan pengangkutan awam amat kita kesali kerana telah merosakkan imej negara. Kita tidak mahu kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tidak kurang penting ialah kebersihan tandas-tandas awam perlu dititikberatkan kerana elemen berkenaan akan menggambarkan mentaliti rakyat tempatan. Tegasnya, pengusaha pelancong yang bertindak sebagai barisan hadapan industri pelancongan wajar menyediakan perkhidmatan yang bertaraf dunia sesuai dengan taraf negara sebagai negara membangun yang sedang menuju ke arah sebuah negara maju.

Tidak dapat kita nafikan bahawa masyarakat setempat menjadi tulang belakang kepada usaha mengangkat nama Malaysia sebagai destinasi pelancongan dunia. Oleh itu, mahajana hendaklah menyokong aktiviti pelancongan domestik kerana bertepuk sebelah tangan, tak akan berbunyi. Sementalahan pula, sebagai tuan rumah kepada para pelancong, warga tempatan hendaklah mempamerkan sikap ramah dan berbudi bahasa bagi memastikan para pelancong selesa dan berasa kehadiran mereka dialu-alukan. Di samping itu, jika merancang untuk bercuti dan melancong, rakyat tempatan hendaklah menjadikan destinasi pelancongan tempatan sebagai pilihan. Mereka janganlah bersikap seperti kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan apabila terlalu taksub untuk melancong ke luar negara. Intihanya, warga tempatan diharapkan agar lebih bersikap patriotik untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara menerusi sektor pelancongan.

Konklusinya, budaya bahu-membahu antara pihak kerajaan, swasta, dan warga tempatan penting demi kelangsungan sektor pelancongan domestik. Kita berkeyakinan bahawa pada masa akandatang adalah tidak mustahil industri pelancongan tempatan akan standing dengan negara-negara yang telah sedia tersohor dalam bidang pelancongan. Oleh itu, kita berharap agar destinasi pelancongan seperti Pulau Langkawi akan setanding dengan Pulau Bali di Indonesia. Impak daripada kemakmuran sektor pelancongan sudah pasti akan menguntungkan rakyat tempatan yang akan menerima tempias limpahan rezekinya.













3.0 Sumbangan Industri Pelancongan Terhadap Pembangunan Ekonomi Negara

Pelancongan dapat menyumbangkan pendapatan negara. Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah menjelaskan bahawa pihak kerajaan telah mensasarkan kehadiran pelancong seramai 29 juta pelancong dengan pendapatan RM89 billion pada tahun 2015 sempena penganjuran Tahun Festival (MyFest 2015). Hal ini disebabkan pelancongan menjadi penggerak utama tukaran wang asing. Melalui kedatangan pelancong asing, dapatlah sesebuah negara memperoleh kadar pulangan tukaran wang asing dengan mudah dan banyak.  Setiap pelancong membawa mata wang asing untuk berbelanja serta membayar kos penginapannya selama menetap di sesuatu destinasi. Pelancong juga akan menggunakan kemudahan awam, membeli cenderamata, makanan, minuman dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti sebegini dapat menambahkan pendapatan negara. Seterusnya, wang yang diperolehi oleh kerajaan dapat digunakan untuk pembangunan ekonomi, kemudahan-kemudahan pelancongan dan pembangunan fizikal negara.

Selain itu, pelancongan juga membuka peluang pekerjaan yang lebih luas dalam sektor tersebut. Pelancongan merupakan antara industri yang memerlukan ramai tenaga kerja seperti pekerja hotel, pemandu pelancongan, pekerja kedai cenderamata dan pekerja kedai kraftangan. Perkembangan industri pelancongan yang menggalakkan di negara kita ini meningkatkan permintaan tenaga kerja yang terlatih dan berpengalaman dalam industri ini pada peringkat pengurusan dan penyeliaan dan golongan pekerja mahir dan separa mahir. Selain itu, industri pelancongan memberikan peluang perniagaan berangkai kepada rakyat. Perkembangan industri ini menjadikan nadi kepada perkembangan pelbagai sektor lain seperti sektor pengangkutan, makanan dan minuman, bunga-bungaan, kraf tangan, pertanian dan penternakan. Hal ini mampu mengurangkan kadar pengganguran di negara kita. Pada masa sama, taraf hidup rakyat juga akan meningkat.

Seterusnya, pelancongan dapat memaparkan ketamadunan atau sejarah sesebuah negara yang memberi seribu satu makna. Warisan kebangsaan merupakan khazanah penting yang telah diwarisi sejak zaman-berzaman tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas seperti A-Famosa, bangunan stesen keretapi Kuala Lumpur, dan Stadium Merdeka.  Pengekalan bahan-bahan tinggalan penjajah telah menggamit hati para pelancong dari dalam atau luar negara untuk melihat sendiri tentang keunikan seni bina ciptaan masyarakat terdahulu untuk dijadikan sumber inspirasi arkitek pada masa kini. Pelancong generasi muda juga dapat merasai semangat juang pahlawan-pahlawan negara dalam mempertahankan tanah air yang tercinta. Nama-nama pejuang yang telah terkorban ada tercatat di Tugu Negara untuk tatapan semua.  Justeru, generasi muda tidak akan menjadi seperti kacang lupakan kulit kerana mereka akan sentiasa mengenang jasa dan pengorbanan pejuang dalam mempertahankan negara. Oleh itu, pemeliharaan warisan negara membolehkan pelancong mempelajari dan mengenali sejarah asal-usul sesebuah negara dan penduduknya serta melahirkan generasi yang berjiwa patriotik, cinta akan tanah air.

Selanjutnya, pelancongan turut menarik pelabur asing. Kegiatan pelancongan yang aktif memudahkan kerajaan menarik lebih ramai pelabur asing untuk menanam modal di negara ini. Industri pelancongan bukan hanya untuk pelabur yang berkaitan dengan aktiviti pelancongan seperti pengusaha hotel, pengusahataman tema, pengusaha pusat beli-belah, dan sebagainya malahan dapat menarik pelabur asing dalam bidang yang tiada kaitan dengan pelancongan seperti pengangkutan dan pembinaan. Kerajaan dapat mengelakkan pembaziran wang negara digunakan untuk mengindahkan kawasan-kawasan pelancongan yang menelan kos terlalu tinggi. Sebagai contohnya, Pulau Langkawi yang dibangunkan sebagai pusat pelancongan bertaraf dunia, pihak kerajaan dan swasta terpaksa melabur sebanyak RM4.5 bilion. Adalah lebih bermanfaat kos yang terlalu tinggi disalurkan untuk memenuhi keperluan rakyat yang lebih mendesak dengan membina lebih banyak rumah kos rendah untuk mereka yang masih tidak berumah. Jelaslah, kehadiran pelabur asing yang ramai dapat membantu kehidupan masyarakat kita, terutamanya di kalangan mereka yang miskin dan terabai akan lebih terjamin.

Pelancongan juga dapat dijadikan agen perpaduan antarabangsa. Manusia di dunia ini disekat oleh sempadan politik. Dalam setiap negara pula mereka dikumpulkan mengikut bangsa, agama dan warisan etnik. Apabila ahli-ahli daripada satu kumpulan mengunjungi kumpulan-kumpulan yang lain, maka proses perpaduan akan wujud. Lama-kelamaan sempadan yang menyekat kumpulan-kumpulan tersebut akan hilang dan berkurangan. Selain itu, penganjuran pelancongan antarabangsa dapat menjalin dan mengukuhkan kerjasama dengan negara-negara yang terlibat. Kerjasama yang sudah terjalin pula akan bertambah erat. Sebagai contohnya, Malaysia telah menjalin hubungan kerjasama dengan beberapa buah negara di Asia Tengah, China dan Eropah bagi memajukan pelancongan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat apabila para pemimpin dari seluruh dunia akan menghadiri upacara perasmian dan penutupan sesuatu program pelancongan yang diadakan. Dengan cara itu, sudah pasti para pemimpin tersebut akan membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan hubungan diplomatik antara negara mereka termasuk Malaysia. Dengan adanya hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara-negara yang terlibat, tentunya negara kita akan mendapat kelebihan daripada pelbagai aspek.Melalui pendedahan ini akan wujudlah kehidupan yang harmoni dalam kalangan manusia di dunia walaupun berlainan politik, bangsa dan agama.
Konklusinya, pelancongan terbukti mendatangkan pelbagai faedah kepada pembangunan negara. Semua pihak perlu bahu-membahu bagi memastikan impian negara untuk menjadi destinasi pelancongan utama di dunia dan rantau ini terus subur. Pihak kerajaan terutamanya haruslah sentiasa melipatkan gandakan usaha mempromosikan Malaysia secara kerap agar negara Malaysia akan lebih dikenali. Selain itu, pelancongan juga mampu menjana ekonomi negara yang agak lembap sejak akhir-akhir ini. Hal ini boleh diibaratkan seperti “serampang dua mata”. Oleh itu, kita berharap agar matlamat negara untuk terus menjadi destinasi pelancongan antarabangsa akan berterusan. Jelaslah bahawa pelancongan adalah satu industri yang sangat penting untuk jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang.


4.0       Cabaran Industri Pelancongan

Sektor pelancongan di negara kita berkembang maju dan menjadi sumber pendapatan negara yang penting. Hal ini menyebabkan tempat pelancongan di negara ini dibuka dengan banyak seperti cendawan selepas hujan. Kerajaan telah menggerakkan semua agensinya untuk memastikan sektor pelancongan berkembang pesat sejajar dengan pembangunan negara yang pantas. Namun, masih ada ruang dan luang yang wajar dimanfaatkan oleh semua pihak untuk memastikan semua pihak mendapat faedah daripada perkembangan sektor ini. Jika ditinjau dengan mendalam terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh sektor pelanconagan di negara kita pada masa depan.
                Antara cabaran yang dihadapi termasuklah persaingan sektor pelancongan dengan negara-negara yang lain. Hal ini demikian,bukan sahaja negara kita tetapi negara-negara yang lain juga mengetahui kebaikan dan kepentingan sektor pelancongan terhadap sesebuah negara. Oleh itu banyak negara mempromosikan pelancongan di negara mereka dan kita hendaklah bersaing dengan mereka untuk menjadi destinasi utama pelancong. Oleh itu, kita haruslah membuat persediaan yang cukup untuk menarik para pelancong ke negara kita.
  Di samping itu, pencemaran alam sekitar juga merupakan salah satu cabaran sektor pelancongan di negara kita pada masa depan. Hal ini disebabkan, pencemaran alam sekitar kebelakangan ini menjadi semakin buruk akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir ahli masyarakat dan telah merosakkan kecantikkan alam sekeliling kita. Pada masa kini,negara kita mempunyai alam sekeliling yang cantik sekali dan telah menjadi tulang belakang bagi sektor pelancongan di negara kita. Jika pencemaran alam sekitar menjadi buruk, sektor pelancongan di negara kita pasti dijejaskan kerana pelancong-pelancong hendak menikmati persekitaran yang cantik dan bersih bukan yang kotor serta busuk.
                Selain itu, tidak kestabilan politik di negara kita juga merupakan cabaran yang kita akan hadapi. Politikyang tidak stabil akan menjejaskan imej negara.Sebagai contoh, Pergaduhan yang berlaku kebelakangan ini di Thailand. Kekeliruan ini telah menyebabakan pelancong dari negara lain tidak berani pergi ke sana disebabkan kaselamatan diri semasa melancong. Ramai pelancong tidak lagi suka datang ke sini atau memberitahu kawan-kawan mereka tentang keindahan negara kerana imej yang sudah terjejas itu. Lama-kelamaan, imej yang tidak dijaga ini akan membawa lebih banyak kemusnahan imej. Jelaslah, politik yang tidak stabil akan membawa banyak kesan buruk pada sektor pelancongan.
Bukan itu sahaja, kebudayaan tempatan yang semakin dilupai oleh orang ramai juga merupakan salah satu faktor. Pada era globisasi ini, terdapat ramai remaja mengabaikan kebudayaan sendiri dan mempelajari budaya Barat. Remaja hari ini beranggap bahawa mereka akan diketawai ileh kawan mereka jika mereka mewariskan budaya daripada nenek moyang mereka. Kebudayaan merupakan faktor yang penting dalam sektor pelancongan kerana pelancong0pelancong inigin merasai kebuayaan yang tidak sama di negara lain. Banyak kebudayaan tempatan semakin dilupai seperti permainan, seni, persembahan yang tradisional dan seandai-andainya.
              
                 Konkluksinya, negara kita akan menghadapi banyak cabaran dalam sektor pelancongan pada masa depan. Kita sebagai ahli masyarakat haruslah menggemblengkan tangan bagai aur dengan dengan tebing untuk menghadapi segala cabaran masa depan. Marilah Kita bersama-sama menghadapi cabaran dan menjajikan sektor pelancongan sebagai tulang ekonomi di negara kita.


5.0       Sistem sokongan oleh pihak kerajaan dan swasta yang ditawarkan untuk     membangunkan industri pelancongan
Pada 21 oktober 2014, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan di dalam ucapan Bajet 2015 bahawa kerajaan akan melaksanakan Malaysia Year of Festivals (MyFEST) pada tahun depan. Kempen ini akan terus meningkatkan industri pelancongan dan mengekalkan Malaysia sebagai destinasi utama pelancong bagi mencapai sasaran penerimaan ketibaan pelancong seramai 29.4 juta dan memperoleh pendapatan pelancongan sebanyak RM89 bilion.

Sebagai langkah promosi untuk MyFEST 2015, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) telah memulakan siri taklimat di seluruh negara bermula Oktober 2014. Program dimulakan dengan sesi perjumpaan bersama penggiat-penggiat pelancongan dan kebudayaan dari sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor di Swiss Garden Hotel, Kuala Lumpur, hari ini. Sesi ini juga akan memperdengarkan penerangan dari Timbalan Ketua Setiausaha MOTAC (Pelancongan), En. Rashidi Hasbullah dan Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, YBhg. Datuk Hj. Azizan Noordin.

Program ini akan menjadi platform untuk menyebarkan visi, sasaran dan garis panduan penjenamaan Malaysia Year of Festivals 2015 kepada penggiat-penggiat industri dan pihak berkepentingan untuk pelaksanaan yang berkesan; di samping memberi peluang untuk bertemu dan berkongsi idea serta mendapatkan maklum balas.

Malaysia dikurniakan dengan pelbagai budaya, oleh itu, kempen baru ini bertujuan untuk menonjolkan dan meraikan kepelbagaian budaya dan perayaan yang banyak terdapat di Malaysia sebagai tarikan kepada pelancong. Promosi pelbagai perayaan di Malaysia dan unsur-unsur kebudayaan akan terus dirangsang sebagai tawaran pelancongan di dalam kempen MyFEST 2015. Dengan tumpuan baru, acara perayaan dan kebudayaan berlangsung sepanjang tahun 2015, tahun hadapan menjanjikan lebih banyak keseronokan dengan tarikan seperti Festival Skyride sepanjang tahun, acara kebudayaan bertema, acara keluarga yang menyeronokkan, pesta membeli-belah dan banyak lagi.

Bertemakan "Endless Celebrations", untuk sepanjang tahun dengan kalendar yang akan dipenuhi dengan perayaan setiap jenis; misalnya festival budaya, membeli-belah secara ekstravaganza, acara antarabangsa yang menyeronokkan, acara eko-pelancongan, kesenian, persembahan muzik, promosi makanan dan pelbagai acara bertema.

Logo MyFEST 2015 berasaskan peralatan muzik tradisional yang dikenali sebagai Rebana Ubi. Menariknya, gendang digunakan secara meluas oleh pelbagai kaum utama di Malaysia. Oleh itu, gendang merupakan alat muzik yang boleh dikaitkan dengan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia, sejajar dengan semangat 1Malaysia. Oleh yang demikian, reka bentuk logo mencerminkan sesuatu yang penting dalam warisan, tradisi dan budaya negara.

Kempen Malaysia Year of Festivals 2015 juga akan memanfaatkan perkongsian pintar dengan sektor awam dan swasta selaras dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan melalui strategi perkongsian bersepadu awam-swasta yang menyumbang kepada penglibatan, sokongan dan penyertaan pihak berkepentingan.

Simbiosis ini membolehkan usaha pelancongan Malaysia untuk menjadi lebih berdaya saing dan mengekalkan sebagai salah satu penyumbang utama kepada pembangunan sosio-ekonomi negara. Pelancongan merupakan sumber pendapatan pertukaran asing kedua terbesar selepas produk pembuatan dan komponen keenam terbesar dalam ekonomi Malaysia pada tahun 2013, meningkat satu anak tangga berbanding tahun 2012 dengan sumbangan sebanyak RM51.5 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) pada tahun 2013.

Sektor pelancongan Malaysia kekal berdaya tahan walaupun pelbagai cabaran yang dihadapi dan Malaysia masih kekal di landasannya dalam mencapai sasaran Tahun Melawat Malaysia 2014. Oleh itu, kempen MyFEST 2015 akan meneruskan peningkatan kepada sektor pelancongan selepas kempen Tahun Melawat Malaysia 2014. Pihak-pihak yang berkepentingan dan penggiat-penggiat industri seharusnya bersatu dan rakyat Malaysia perlu terus melangkah ke hadapan dengan semangat perpaduan dalam usaha menjayakan Malaysia Year of Festivals 2015.

Malaysia dengan lanskap pelancongan, warisan dan kebudayaan yang unik, kepelbagaian dari segi tradisi, masakan, kesenian, kraf dan seni bina, memiliki kelebihan sebagai destinasi global yang mesti dikunjungi. Malaysia Year of Festivals 2015 akan terus memanfaatkan jenama ikon Malaysia, "Malaysia Truly Asia" bagi menjayakan kempen pelancongan ini.

Malaysia Year of Festivals 2015 merupakan misi nasional, maka, adalah diharapkan agar agensi-agensi kerajaan, sektor swasta, agensi-agensi bukan kerajaan dan penggiat-penggiat industri ini akan turut bersama dan menjayakan kempen nasional ini.












6.0       Langkah-Langkah Untuk Mendorong Dan Membangunkan IKS Luar Bandar
Pelbagai langkah yang diambil bagi membangunkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Di antaranya adalah penubuhan Pelan Induk Perusahaan Kecil dan Sederhana 2012-2020. Melalui pelan ini, kerajaan merancang dan berhasrat untuk melahirkan lebih banyak syarikat baru dalam lanskap industri khususnya IKS di luar bandar. Melalui pelan ini, kerajaan cuba mempromosikan usahawan IKS luar bandar yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa. Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) merupakan salah sebuah agensi kerajaan yang mempromosikan usahawan IKS ke peringkat antarabangsa. Perkembangan postif dalam industri IKS luar bandar dalam meneroka peluang pasaran pada peringkat global memberikan gambaran bahawa perancangan yang disasarkan dalam Pelan Induk PKS 2012-2020 yang menggariskan matlamat mencapai sumbangan sektor berkenaan dapat direalisasikan.

Berdasarkan maklumat daripada SME Corp. (Aisyah Syahidah,2014), lebih 88 peratus syarikat dalam IKS telah diluluskan pembiayaannya oleh institusi perbankan. Selain itu, pelbagai bantuan disalurkan kepada IKS bagi meningkatkan keupayaan syarikat ,termasuk penjenamaan semula, pembungkusan produk yang lebih menarik serta bantuan kursus kemahiran bagi meningkatkan tahap kecekapan usahawan IKS luar bandar untuk meneroka pasaran yang lebih tinggi lagi. Sejumlah 133 porgram dilaksanakan oleh kerajaan pada tahun 2014, dengan komitmen kewangan hampir RM 7 bilion untuk memanfaatkan kira-kira 484 ribu peserta IKS seluruh negara. Di samping itu kerajaan turut berganding bahu dengan sektor swasta bagi menjalankan 21 program yang menelan belanja sebanyak RM6.3 bilion, terutamanya dalam bidang akses kepada pembiayaan. Secara keseluruhannya, sejumlah 154 porgram pembangunan IKS dilaksanakan pada tahun 2014 dengan komitmen kewangan berjumlah RM13.3 bilion.
Selain itu beberapa langkah lagi  telah di ambil bagi mendorong pembangunan IKS di luar bandar adalah program rantaian industri (ILP) yang merupakan porgram pembangunan vendor yang diperkenalkan untuk membekalkan komponen kepada syarikat yang lebih besar.
           Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang telah dianjurkan oleh badan tertentu seperti MPOB (Lembaga Minyak Sawit Malaysia), MARDI (Institute Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia), bagi membantu IKS mencapai piawaian yang tinggi seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Ini bertujuan bagi menjamin kualiti produk pengeluaran mereka setanding dengan syarikat antarabangsa.
  Program Pembangunan luar bandar dan infrastruktur yang telah dilakukan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar melalui agensinya seperti MARA. Inisiatif ini turut menyediakan kemudahan infrastruktur seperti taman perindustrian dan unit kilang untuk usahawan luar bandar.
             Pembangunan Pemasaran untuk mempromosikan keluaran IKS seperti pameran, lawatan perniagaan, majalah portal , ekspo atau carnival untuk membantu memasarkan produk IKS. MARA ditubuhkan untuk memberi latihan, ilmu dan kemahiran kepada IKS bagaimana memulakan perniagaan. FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) bertindak memasarkan barangan pertanian dan memasarkan produk tersebut. MPC (Perbadanan Produktiviti Malaysia) memberi ilmu tentang produktiviti, dalam import dan eksport barangan ke luar negara, memeperluaskan pasaran produk IKS.

 Rujukan

Abdul aziz Hussin(2015), pelancong dan pelancongan islam, Kuala Lumpur. dewan bahasa dan pustaka.

Badaruddin Mohamed(2015), Sektor pelancongan beri sumbangan ketara kepada ekonomi Negara, Najib, Kuala Lumpur.

Jabatan Perangkaan Malaysia(2011).Akaun Satelit Pelancongan Malaysia 2001-2010. Putrajaya .Percetakan Jabatan Perangkaan Malaysia.

Kadir Din. (2009). Gazing At The Border From Sintok : Images of The Tourist Space. Paper presented at Symposium on Cross-Border Tourism within the context of Joint Development Strategy Malaysia – Thailand. Sintok : Universiti Utara Malaysia

Katiman Rostam & Zaihasrawati Mohamad Ragang. (2008). Bandar Sempadan dan Pelancongan Membeli-Belah. Yahaya Ibrahim, Sulong Mohamad & Habibah Ahmad (eds). Pelancongan Malaysia : Isu Pembangunan, Budaya, Komuniti dan Persetempatan. Sintok : Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Hojeghan S,. Esfangareh A,( 2011). Digital economy and tourism impacts, influences and challenges. Procedia Social and Behavioral Sciences.

Misyadi bin Mampusi.( 2012). Pelaburan Modal Manusia Dan Perubahan Komposisi Guna Tenaga Dalam Sektor Pembuatan Di Malaysia. Tesis Sarjana Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahad, 15 November 2015

vape vs rokok



assalamualaikum..
hai geng blogger seangkatan dgn nya..Arini ntah knape nak kongsi sikit cite ttg  vape dan rokok..Sejujurnya aq adalah prokok tegar k.. sejak2 vape ni jd trend kt Malaysia yg trcinta ini, aq jd trpengaruh wlaupon dr mula nya my wife x bape nak kasik aq bervapor..Then lama2 wife pon cair dek pujukkan aq,,,huaahuaaa..

ok let see, apa yg aq lihat dan wife tgok ttg prubahan aq ni..dgn bangga nya aq nak ckp, aq da STOP hisap rokok jenis witson, dunhill dan seangkatan dgn nya.. Bkan Wife je yg trkejut beruk, geng2 yg lain pon ckp "awaitnya ang x isap rokok" aq senyum lebaq tahap kambing ja mampu..kihkih

so ape yg xsenang dek vape skg ni,,byk tohmahan dr anti-vape ni..aisshhh!! 
mula nya just rakyat jelata tp skg goverment kita pon..adeddeee..

nii xpuas aty ni..
utk tidak panjangkan cita aq nak share la sikit ttg berita kajian vape ni..bkn gov kite ke kate cmni

meh la bace sikit yew >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

copy by  berita astro awani
******************************************************************************
KUALA LUMPUR: Persoalan adakah penggunaan rokok elektronik membahayakan kesihatan atau benar-benar dapat membantu mereka yang ingin meninggalkan rokok tembakau masih menjadi perdebatan para saintis dan pakar perubatan sedunia.

Namun beberapa kajian perubatan terbaharu mula menunjukkan kesan positif penggunaan rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai 'vaping.'

Kajian dikendalikan pakar kardiologi Dr Konstantinos Farsalinos yang melihat dengan lebih dekat bagaimana alat gantian tembakau yang semakin popular itu digunakan dalam situasi sebenar.

Hasil kajian yang diterbitkan di dalam jurnal dalam talian pada Mei 2015 bertajuk "Addiction" mendapati e-rokok generasi ketiga (peranti dengan penggunaan kuasa bateri yang boleh dilaras) mampu menghasilkan formaldehid yang boleh menyebabkan kanser, namun ia hanya berlaku dalam keadaan "ekstrem".

Secara umumnya, kandungan cecair e-rokok terdiri daripada propilena glikol, gliserol, atau kedua-duanya, ditambah dengan nikotin dan bahan kimia perisa.

Formaldehid terbentuk hasil daripada tindak balas propilena glikol dan gliserol ketika pengewapan.

Kajian Farsalinos mendapati apabila peranti itu menggunakan kuasa terlalu tinggi, ia akan menghasilkan wap kering atau "dry puff."

"Namun wap kering itu akan menyebabkan rasa kurang menyenangkan dalam mulut perokok, sekali gus menyebabkan mereka enggan menghisap 'vape' dalam keadaan berkenaan," katanya.

Tambahnya, biarpun formaldehid turut dibebaskan menerusi e-rokok, kadarnya jauh lebih rendah berbanding rokok tembakau.



Pengarah Unit Kajian Kebergantungan Tembakau, Barts And The London School Of Medicine And Dentistry, Prof Peter Hajek yang menilai kajian Farsalinos mengesahkan vaping adalah 95 peratus lebih selamat daripada merokok.

"Vapers tidak terdedah kepada tahap formaldehid yang membahayakan. Berdasarkan bukti-bukti didedahkan, saya mendapati e-rokok sekurang-kurangnya 95% lebih selamat daripada merokok. Perokok perlu digalakkan untuk beralih kepada vaping," katanya.

Malah ada kalangan perokok yang mendakwa kesihatan mereka bertambah baik selepas beralih kepada alat itu.

Pakar Perunding Respiratori Institut Perubatan Respitori Prof Datuk Dr Abdul Razak Mutallif menjelaskan kandungan nikotin yang rendah dalam e-rokok mungkin menjadi penyebab mereka yang beralih daripada rokok tembakau mendapati selera mereka mungkin bertambah.

"Selalunya perokok amat kurus dan tidak mempunyai selera makan. Jadi apabila berhenti merokok, mereka akan mendapati selera mereka bertambah kerana kandungan nikotinnya telah berkurangan," katanya ketika ditemui Astro AWANI.

Dr Abdul Razak melihat perbezaan ketara antara rokok dan vape adalah kewujudan tar yang membahayakan kesihatan.

"Kalau rokok biasa (tembakau) ini ada dua kandungan penting iaitu nikotin dan tar. Sebenarnya yang bahaya itu adalah tar yang menyebabkan kanser paru-paru, kanser buah pinggang, sakit jantung dan sebagainya.

"Bagi nikotin, fungsinya hanya ada satu sahaja, untuk menyebabkan ketagihan. Jadi kalau berbanding rokok, e-rokok memang ada kebaikan kerana ia tidak mengandungi tar, hanya nikotin sahaja dan kandungan lain seperti formaldehid, glikol dan perisa," jelasnya.
Namun di sebalik trend yang kian meningkat, tegas beliau, kurang kawal selia terhadap vapingdibimbangi mengundang masalah lain.

"Kebanyakan orang yang beli e-rokok ini, kita tidak tahu apa kandungannya, siapa pembuatnya dan apa yang dimasukkan dalam kartrij berkenaan.

"Ada orang cakap boleh masuk syabu, ganja, dadah lain untuk bagi dia ketagih dan mungkin juga ada perisa-perisa yang berbahaya pada jangka masa panjang. Itu yang kami bimbang sekarang," kata Dr Abdul Razak.

Berdasarkan kaji selidik Factsasia.org, 83 peratus perokok di Malaysia menyifatkan e-rokok sebagai alternatif lebih baik berbanding rokok dan ingin melihat penggunaan produk itu dikawal selia selain mahu akses lebih meluas kepada produk berkenaan.


ok lah sekian ...